Friday, March 19, 2010

Tempat Menarik di Sungai Petani

Pantai Merdeka (35 min)
Jika anda ingin menikmati keindahan pantai yang indah sepanjang 1 km, pastikan anda berkunjung ke Pantai Merdeka. Pantai ini sesuai untuk pelbagai aktiviti seperti mandi, berkelah, bersantai, ski dan macam-macam lagi.
Klik sini untuk arah dari Homestay

Tg. Dawai (35 min)
Tanjung Dawai terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Sungai Petani, Kedah Darul Aman, Malaysia. merupakan kawasan yang terkenal dengan makanan laut . Penduduk Tanjung Dawai kebanyakanya merupakan nelayan dan petani, ni adalah kerana kedudukan Tanjung Dawai itu sendiri yang terletak di muara sungai. Nikmati suasana kampung nelayan disini.
Klik disini untuk arah dari Homestay

Lembah Bujang (23 min)
Tamadun di selatan Kedah atau di Lembah Bujang (Serpent Valley ) di awal abad Masihi hingga 20 Masihi mempunyai perhubungan yang sangat intim dengan aktiviti perdagangan maritim di antara beberapa negara di Asia, China, Asia Barat dan India. Jangan lepaskan peluang untuk melihat peninggalan sejarah yang berharga!
Klik sini untuk arah dari Homestay

Hutan Lipur Rekreasi Tupah (20 min)
Nikmati keindahan alam di Hutan Lipur Rekreasi Tupah. Kedinginan dan kesegaran air terjun yang mengalir sudah pasti menyeronokkan percutian anda di sini.
Klik sini untuk arah dari Homestay

Cinta Sayang Carnival Waterpark (7 min)
Untuk kepuasan maksima, pastikan anda mengunjungi Cinta Sayang Carnival Waterpark. Jika anda pernah ke Sunway Lagoon, sudah pasti anda ingin mencubanya. Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan. Sesuai untuk anda sekeluarga.

Gunung Jerai, Gurun (40 min)
Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya mempunyai 1,217 meter. Jerai menawarkan aktiviti merentasi hutan bagi pencinta alam semulajadi. Terdapat kepelbagaian tumbuh-tumbuhan tropika yang termasuk kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas.
Klik sini untuk arah dari Homestay

Lata Tok Sedim, Kulim (55 min)
Jika anda inginkan suasana yang lebih harmoni dengan alam sekitar, kunjungi Lata Tok Sedim di Kulim, Kedah. Disana juga terdapat air sunga yang mengalir sesuai untuk aktiviti mandi dan berkelah.

1 comment: